Selasa, Oktober 23

Wasiat Hassan Al-Banna

Assalamualaikum WBT. Tahiyyatun Tayyibatun Wa Ba'd.

10 Wasiat daripada Imam Hassan Al-Banna:
  1. Apabila mendengar azan, bangunlah untuk menunaikan solat serta-merta dalam apa jua keadaan sekalipun.

  2. Bacalah al-Qur’an, telaahlah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah, dan janganlah buang masa dengan perkara yang tiada faedahnya.

  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang fusha (betul, baku) itu merupakan satu-satunya syiar Islam.

  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak membawa apa-apa kebaikan.

  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa dalam perhubungan dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam segala perkara.

  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati manusia.

  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang mendatangkan kebajikan.

  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah merupakan berkenal-kenalan dan berkasih sayang (mahabbah).

  10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada dengan kita, oleh sebab itu gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
Wassalam WBT.