Selasa, September 9

Ribuan Maaf


Assalamualaikum WBT.


Pertama sekali pihak editorial Fikruttaqwa memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemas blog ini. Kami juga ingin meminta maaf kerana Fikruttaqwa tidak dapat kami terbitkan (buat masa ini) untuk semester kedua ini. Hal ini disebabkan kesemua penulis kami terdiri daripada Tingkatan 3, 4 dan 5 yang bakal mengambil peperiksaan PMR, SMA dan SPM tidak lama lagi. Oleh sebab itu, kami memohon maaf sekali lagi atas ketidakmampuan kami menerbitkan risalah bercetak mahupun online dalam semester kedua ini.


Bagi mereka yang berminat untuk menghantar artikel-artikel, kerjasama anda amat dialu-alukan. Hantarkan karya/hasil tulisan anda ke fikruttaqwa(at)yahoo(dot)com(dot)my. Jazakallah.


Selamat Berpuasa dan Beribadah, Ramadhan Karim!


Wassalam.