Khamis, Julai 17

Wahai Syabab...

Oleh: Ukhti in Islam


WAHAI SYABAB...




Pembangun ummah...
Usah mengundur ke belakang,
Tolehlah sesekali mengambil pengajaran,
Teruskan langkahmu...
Maju ke hadapan...
Anak bangsamu perlukan bimbingan...
Lupakan segala kesamaran..
Pulanglah pada hakikat
seorang INSAN bergelar PEJUANG...
Gagah berani...
Seteguh tembok Salahuddin al-Ayubi...
Megah membangun...
Bak istana Romawi dan Byzantin...
Sekukuh itulah tembok penghalang minda...
Kabur diliputi taasub berjelaga...
Terobosilah kejahilan... wahai syabab...
dengan CAHAYA kebenaran...
Langkahlah dengan penuh keBERANIan wahai syabab...
Membawa jiwa sarat impian...
Kedatanganmu amat dinanti-nantikan...
Menghambat kemunduran...
Menghapus kegelapan...
Bersama terang cahaya IMAN...
Aduhai syabab pewaris ummah...
Janganlah berlengah..
Janganlah membuang masa....
Bangunlah... bangunlah wahai pemuda...
Bangunlah wahai Salahuddin...
Bangunlah wahai Khalid al-Walid...
Bangunlah...
Teguhkan ISLAM di mata-mata manusia...
Yang kian terhakis
Akibat kerakusan mereka...
Mengejar bangkai dunia....
Yang tiada gunanya...

2 ulasan:

Rush It berkata...

Sumbangan dari Pakcik Abd Rashid. Moga Fiqruttaqwa tidak terhenti di sini sahaja. Terimalah lirik lagu dari Album Pertama "Sebarkan Salam" yang tidak seberapa ini:

HAQIQAT PENGEMBARA

Kita adalah pengembara,
Dari daerah usang kita berkelana,
Sebimbit bekalan bagi perjalanan,
Yang jauh tidak berhujungan


Kita adalah pengembara
Merentas padang yang luas terbentang
Gunung ganang didaki lautan direnangi,
Berbagai halangan ditempuhi


(Korus) :
Pengembaraan,
suatu perjalanan,
menuju destinasi ketuhanan,
Tanpa bekalan,
Iman dan ketaqwaan,
Kita tewas di pertengahan jalan,

oh..oh..

--------------------
Wahai pengembara,
Penuhilah keimanan di dadamu,
Bekalilah dengan ilmu,
Ketaqwaan kepada Tuhanmu,

Dunia ini adalah ladang akhirat,
Berteduh di bawah ...
….. rendangan pepohon dunia
Kau masih tetap perlu mengembara,
Walaupun kau tidak ke mana-mana.


Lirik: Abrari (Julai 95)
Senilagu: Abrari
Vokal: Abrari

Tanpa Nama berkata...

salam...
wah..
popular gak gambar ni...
dlm blog rasmi SMIK pun ada??