Ahad, Januari 27

Fikruttaqwa 2008

Assalamualaikum WBT.


PENGUMUMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH IBN KHALDUN:


Ana ingin menyampaikan sedikit pengumuman bahawa kami sangat berhajat kepada penulis artikel juga jurutaip untuk Fikruttaqwa Edisi Cetakan 2008. Oleh sebab kemungkinan besar FaTa akan diterbitkan secara bulanan, para editor sahaja tidak memadai untuk melakukan kerja-kerja pencarian bahan dan penaipan. Mereka yang berminat melakukannya secara sukarela kerana Allah amat dihargai.


Bagi penulis artikel, kami akan memberi tajuk dan beberapa isi penting untuk antum menulis sebuah artikel/karangan. Byline antum akan disertakan bagi artikel yang antum tulis. Mereka yang berbakat mengarang dalam bahasa Melayu atau Inggeris adalah amat dialu-alukan.


Bagi jurutaip pula, kami memerlukan sekurang-kurangnya empat orang. Mereka yang berhajat menjadi jurutaip perlu memiliki akses kepada komputer dan mempunyai capaian Internet atau thumbdrive untuk menghantar fail-fail Word. Kredit kepada jurutaip akan diberi dengan memasukkan nama mereka dalam Sidang Redaksi.


Juga, kami membuka penyertaan bagi mereka yang berbakat menghasilkan karya berbentuk cerpen atau puisi. Karya yang terpilih akan diberi ganjaran berbentuk wang tunai. Maklumat lanjut boleh didapati daripada editorial.


Siapa yang berminat, bolehlah:



  • Meninggalkan komen di pos ini;

  • Menghantar e-mel ke fikruttaqwa[at]yahoo.com.my;

  • Menghubungi Ilman (Ting. 4) atau Thaqif (Ting. 5).


Jazakumullah Khairan Kathira,
Ketua Editor Fikruttaqwa 2008.

1 ulasan:

van qif berkata...

assalamualaikum,

apa khabar, saya mmg sengaja nak cari blog yang islamic, insyallah jumpa lagi nanti