Selasa, April 22

Menceritakan Kisah Tidak Sahih atas Nama Dakwah

Disunting daripada: http://www.fatwa-online.com


Soalan: Apakah hukum menceritakan sesuatu kisah yang pernah saya dengar -- tetapi tidak pasti akan kesahihannya -- atas nama menyampaikan dakwah, begitu juga apakah hukum menceritakan kisah-kisah yang saya tahu ia palsu? Dan apakah pula hukum meriwayatkan hadis yang saya tidak tahu ianya sahih atau daif?


Jawaban: Adalah tidak dibenarkan bagi sesiapa -- sama ada dia merupakan tukang cerita mahupun pemberi nasihat -- untuk meriwayatkan sesuatu hadis dan mengatakannya bahawa ia merupakan sabda Rasulullah SAW sedangkan dia tidak mengetahui kesahihannya. Juga tidak harus meriwayatkan hadis yang dia sendiri mengetahui bahawa ia merupakan hadis yang lemah (melainkan disebut tentang kelemahannya). Manakala, sekiranya dia meriwayatkan hadis untuk mempamerkan kelemahan (sanad) hadis tersebut dan memberi peringatan kepada manusia tentangnya, maka hukumnya adalah wajib.


Sama juga, dia juga tidak harus menceritakan kisah-kisah yang dia merasakan sesuai tanpa melihat kepada kesahihan cerita tersebut. Dia juga tidak patut menceritakan kisah-kisah yang dia tahu adalah palsu, kerana ia bererti ia berlaku tidak jujur dan menipu manusia.


Oleh: Syeikh Ibn Uthaymeen,
As-Sahwah al-Islaamiyyah - Soalan 5, muka surat 105.


Ini sebagai satu peringatan kepada kita semua. Ana melihat, alhamdulillah, sahabat-sahabat ada menerbitkan artikel-artikel serta kisah-kisah Islam di Internet seperti di Friendster Bulletin, blog dan sebagainya, tetapi seharusnya kita memastikan kesahihan bahan yang kita terbitkan itu. Hal ini demikian kerana kita takut sekiranya apa yang kita terbitkan merupakan hadis-hadis atau kisah-kisah Israiliyat yakni kisah-kisah yang direka oleh orang Yahudi. Bahan-bahan sebegini akan mencemarkan kesucian Islam. Diharapkan agar sahabat-sahabat akan lebih prihatin dalam menyampaikan dakwah Islamiah yang suci ini, insya-Allah. Sebaik-baiknya, sertakan sumber dari mana kita mendapat bahan tersebut (nama perawi/status hadis/nama buku/alamat laman web/dll). Semoga kita sentiasa berada di bawah hidayah dan naungan-Nya. Wallahua'lam.

5 ulasan:

Nur Muhammad Muhsin berkata...

Alhamdulillah, satu penulisan yg bagus. Tapi ana nk tanye sedikit. Apakah dia ciri kisah Israilliyat yg dikatakan didalam artikel ni?... dan apakah ada perbezaannya?... May Allah bless us.

Mujtahid005 berkata...

kisah Israiliyat ni kisah2 islamik yang direka2 oleh org yahudi... mmg susah nak tau ianya israiliyat ke x.. so klu boleh jgn r disebarkan sesuatu yg x pasti kesahihannya atau memang pasti ianya israiliyat..

MUHSIN SUHOR berkata...

salam,
akhi, boleh bg contoh kisah2 israiliyyat..?

Mujtahid005 berkata...

Ana sendiri tak pasti akan keisrailiyatan hadis ni, tapi ada sumber mengatakan bahawa hadis "Tuntutlah ilmu walau ke negeri China" itu merupakan hadis mauduk Israiliyat. Kisah-kisah Israiliyat banyak mengisahkan penokoktambahan dalam penciptaan Adam AS. Ada juga dikatakan malaikat Harut dan Marut turun ke dunia kemudian berpoya-poya, walhal malaikat tidak mempunya nafsu. Itu semua karut belaka.

Abu Tholhah berkata...

salam..
ana bersetuju dgn artikel yg yang mengatakan tidak boleh mereka2 crita walaupun untuk jalan dakwah..sbb boleh menyebabkan fitnah dalam agama..lebih2 lg sekiranya org yg kita dakwahkan tadi mengetahui bahawa isi yang disampaikan oleh kita sebenarnya adalah salah dan xda sama skali..satu hadis nabi ada berbunyi "man kazaba alayya muta'ammidan,falyatabawwa'u maq'adahu minannaar" yg bermasud: Sesiapa yang mendustakan keatasku (membohongi/mereka2 cerita yg bukan dari Nabi saw),maka dia telah menempah tempat duduk untuknya didalam neraka"..