Jumaat, Mei 30

Lawatan ke Malaysia International Space Adventure (MISA)

Oleh: Muhammad Thaqif


Bersemuka Bersama kali ini akan dibawakan kepada anda mengenai komen peserta-peserta yang telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Malaysia International Space Adventure (MISA) anjuran kelas 3 Fathanah pada 24 Februari lalu. Ikuti temubual ini bersama koresponden kami ke lawatan ini.


FaTa: Anda sebagai Penolong Pengarah bagi lawatan anjuran kelas anda, apakah perasaan anda setelah lawatan ini berjaya?


Baihaqi: Lawatan ini berjaya dan saya berpuas hati dengan lawatan ini walaupun lawatan ini agak singkat tetapi ia memberi satu pengalaman baru buat semua pelajar yang mengikuti lawatan ini.


FaTa: Pernahkah anda menyertai lawatan seumpama ini sebelum ini?


Baihaqi: Saya sebelum ini turut pernah mengikuti program seperti ini. Antara tempat yang pernah saya lawati adalah Petrosains, Pusat Sains Negara, dan Planetarium. Lawatan ke MISA adalah satu pengalaman baru dalam menerokai dunia alam semesta.


FaTa: Apakah perasaan dan komen anda setelah mengikuti lawatan sambil belajar ini?


Lukman: Saya berasa sangat seronok dan gembira setelah mengikuti lawatan ke MISA ini. Makanan yang disediakan juga okey.


FaTa: Apakah input yang berguna telah anda peroleh daripada lawatan ini?


Shahmi: Melalui lawatan ini saya dapat mengetahui sejarah mengenai angkasa, makanan yang dimakan oleh angkasawan dan susah senang angkasawan di angkasa lepas.


FaTa: Adakah program ini memberi kesan yang mendalam kepada anda?


Izzul: Ia memberi kesan yang mendalam kepada saya dan saya berasa sungguh gembira mengikutinya di samping mendapat ilmu tentang angkasawan terutamanya dari negara kita, Malaysia, serta bersyukur kerana dikurniakan graviti di Bumi ini.

Tiada ulasan: