Jumaat, Mei 30

Perjalanan Bulan Bahasa Arab

Oleh: Muhammad Thaqif


Wartawan FaTa telah mengintai perjalanan Bulan Bahasa Arab yang sedang berlangsung kini dengan tema (اللغة العربية لغة الإيمان و العمل) anjuran Persatuan Bahasa Arab setelah tertutupnya tirai pemerintahan Persatuan Bahasa Melayu yang menganjurkan Bulan Bahasa Melayu dengan jayanya. Ikuti temubual wartawan kami bersama pengerusi Persatuan Bahasa Arab; Nik Muhammad Ala'uddin bin Nik Mohd Rosdi, serta guru penasihat mereka, Cikgu Nailah binti Abas.


FaTa: Apakah objektif dan tujuan utama Persatuan Bahasa Arab (PBA) mengadakan Bulan Bahasa Arab ini?


Ala': Antara objektif yang ingin diketengahkan melalui Bulan Bahasa Arab ialah: Meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran berbahasa Arab yang baik. Memupuk semangat kepimpinan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Mencungkil bakat dan daya kepimpinan pelajar mengendalikan sesebuah persatuan. Melahirkan generasi berintelek untuk memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.


C. Nailah: Melalui bulan ini juga kami bertujuan untuk menambahkan minat pelajar terhadap bahasa Arab itu sendiri kerana bahasa Arab juga merupakan bahasa Ukhrawi. Penganjuran ini juga bertujuan mencungkil bakat mengendali sesuatu aktiviti kerana dari tarbiyah akan lahirnya pemimpin.


FaTa: Apakah aktiviti-aktiviti yang bakal menunggu para pelajar beserta ganjaran bagi yang terpilih?


Ala': Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti Khutbah, Khat, Mufradat Berangkai dan al-Hiwar. Mereka yang terpilih antara tempat pertama, kedua, ketiga akan mendapat ganjaran yang agak memuaskan kerana kami telah menetapkan bajet yang agak tinggi bagi hadiah-hadiah pertandingan.


C. Nailah: Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan juga akan mencungkil bakat pelajar.


FaTa: Sebagai guru penasihat, apakah harapan cikgu setelah berakhirnya bulan ini terhadap ahli PBA dan pelajar-pelajar SMiK?


C. Nailah: Cikgu amat berharap supaya semua pelajar baik ahli PBA mahupun bukan memberi kerjasama yang baik semasa berjalannya Bulan Bahasa Arab ini. Malah diharap juga kepada ahli-ahli PBA supaya memberi komitmen yang tinggi walau mempunyai aktiviti di hujung minggu mahupun setiap hari belajar. Cikgu juga amat berharap agar semua pelajar dapat mengambil manfaat yang berguna daripada bulan ini.

Tiada ulasan: