Ahad, Mei 4

Perumpamaan Manusia yang Memahami Islam

Oleh: BroMuhsin


Assalamualaikum WBT.


Daripada Abu Musa RA, dia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan apa yang dengannya aku diutus oleh Allah iaitu daripada hidayah dan ilmu adalah bagaikan hujan yang lebat yang mengenai bumi. Maka sebahagiannya adalah kelompok tanah yang subur, menerima kehadiran air dan menumbuhkan ladang gembala serta rumput yang banyak, sebahagian lagi adalah tanah ajadib, iaitu tanah yang boleh menahan air sehingga dengannya Allah memberi manfaat kepada manusia mereka boleh minum daripadanya, menyiram air dan bercucuk tanam. Dan hujan tadi juga mengenai jenis tanah yang lain iaitu qi’an, iaitu tanah yang tidak boleh menahan air dan tidak boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Begitulah perumpamaan orang yang mengerti agama Allah dan mengambil manfaat dari apa yang Allah mengutusku dengannya. Sehingga dia mengerti dan mengajarkannya. Juga perumpamaan orang yang sama sekali tidak peduli dengan (agama) itu dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus kerananya.”

(H.R Bukhari-Muslim)



Tanah yang pertama dan kedua, boleh diandaikan seumpama orang yang memahami agama Allah, mengerti dan kemudian mengajarkannya.

Image Hosted by ImageShack.us


Merekalah yang memahami ayat Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah dengan sebenar-benarnya. Dan merekalah yang memberi manfaat kepada manusia lain berdasarkan pemahaman mereka kepada Kitab Allah dan juga Sunnah.



Manakala tanah yang ketiga pula, seumpama orang yang tidak mahu menerima ajaran Allah melalui utusanNya, Muhammad SAW, dan tidak pula memberi apa-apa manfaat berdasarkan kefahamannya asalnya (agama asalnya).


Wassalam WBT.

Tiada ulasan: