Jumaat, Mei 30

Politik dalam Sejarah Islam

Oleh: Muhammad Thaqif


Dalam lingkungan waktu ini pasti masih hangat kedengaran isu-isu politik dimana-mana sahaja untuk diperbincangkan baik di media massa mahupun di kedai-kedai kopi. Dan kita boleh melihat sendiri kuasa yang sedang mendominasi dunia kita kini menggunakan sistem yang tidak berlandaskan sistem Islam, yakni al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, untuk melihat kepada sistem politik berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, kita memutar masa kita sebentar melihat pentadbiran dalam sejarah Islam yang menggunakan politik berlandaskan hukum yang Allah telah tetapkan.


Fakta Kompak akan mengutarakan kepada sidang pembaca sekalian mengenai perjalanan politik semasa pemerintahan Khulafa'ur Rasyidin. Kemungkinan fakta yang kami akan bawakan kali ini bersamaan dengan silibus pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan 4, tetapi kebaikannya boleh diambil oleh semua.


Konsep Islam menunjukkan politik adalah satu daripada aspek kehidupan umat Islam. Politik negara merupakan keperluan bagi umat Islam kerana kewujudan negara atau pemerintahan sebagai induk untuk melaksanakan syariat Allah. Syariat Allah seperti ibadah, muamalah dan undang-undang jenayah tidak dapat dilaksanakan kecuali adanya satu sistem pemerintahan negara yang merdeka dan berdaulat.


Kestabilan politik dan sosial sangat penting bagi sesebuah negara kerana in akan membantu ke arah pencapaian kemajuan dan kewibawaan negara. Antara peranan yang penting untuk dilaksanakan oleh pemimpin dan sebagai satu kemestian ialah:



  • Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan gigih dan jujur. Setiap tugas yang dilakukan adalah bertujuan berkhidmat kepada masyarakat dan mendapat keredhaan Allah.

  • Setiap tugas yang dijalankan pasti sampai kepada sasarannya dan menghasilkan natijah yang baik kepada rakyat.


Pada zaman Khulafa'ur Rasyidin, pemimpin dilantik melalui sistem Syura. Kaedah ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:


"Dan juga (lebih baik) orang yang menyahut perintah Tuhan serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka mula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan padanya."


(Surah asy-Syura,42:38)


Semasa zaman Khulafa'ur Rasyidin, perlantikan pemimpin dilakukan melaluyi sistem al-Imamah/الإمامة (al-Warithah/الوارثة). Melalui sistem ini bakal pemimpin telah ditetapkan oleh pemimpin sebelumnya dengan tidak merujuk kepada persetujuan orang ramai.


Sistem pemerintahan Khulafa'ur Rasyidin yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah membawa kemajuan dan perubahan yang menjadikan negara Islam disegani oleh negara-negara luar. Kerajaan Khulafa'ur Rasyidin yang ditadbir oleh khalifah yang bijak dan cekap telah berjaya membawa kemajuan dan kestabilan politik dan mengekalkan keamanan. Kerajaan Khulafa'ur Rasyidin mendapat sokongan padu daripada kalangan rakyat. Suasana ini menjadikan rakyat hidup aman dan pembangunan rakyat dan negara terus berjalan dengan baik.


Malah, dengan menggunakan sistem politik yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah ini dapat diluaskan pentadbiran Khulafa'ur Rasyidin ke serata dunia hingga meliputi 1/3 planet Bumi ini sepertimana yang telah dibuktikan oleh sejarah. Ini jelas menunjukkan keberkesanan sistem itu sendiri. Milenium ini, kita telah pun diperkenalkan dengan sistem demokrasi dalam hidup berpolitik di negara kita, Malaysia.


Sistem demokrasi dicipta oleh pemikiran politik Barat berteraskan falsafah Barat. Pemerintahan ini juga berteraskan kekuasaan pemerintah dan kedaulatan rakyat. Keputusan dalam demokrasi berdasarkan suara majoriti, yang juga sebagai asas pemerintahan negara.


Kita memerlukan sistem politik baru, iaitu politik kerjasama dan tolong-menolong yang berdasarkan persaudaraan, saling menghargai dan tukar-menukar kekayaan material dan kultural antara sesama manusia di dunia. Dengan politik itu akan terciptalah sistem baru yang akan mendatangkan perdamaian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.




» Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, DBP.
» Konsep Pembaharuan Masayarakat Islam, Thinkers Library.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda seakan menutup mata dengan berbagai macam konflik pada masa Khulafaur Rosyidin, seakan keamanan dan kesejahteraan masyarakat bukan menjadi prioritas utama dalam proses pembangunan negara. Anda pasti tahu, bahwa hanya khalifah Abu Bakar yang meninggal dengan tidak dibunuh. Bayangkan jika kita memakai sistem pemerintahan seperti itu, pertumpahan darah di setiap pergantian kekuasaan pasti akan terjadi.

Karena itu, boleh kita melihat kembali kebelakang, tetapi tidak untuk mengambil mentah-mentah apa yang dilakukan oleh pendahulu kita. Jangan dilihat hanya dari segi kejayaan Islam, tetapi konflik2x yang terjadi pada masa itu.

Karena Islam mensyariatkan membentuk sebuah negara yang dapat mensejahterakan masyarakat. Terlepas negara itu menggunakan sistem apa, itu yang harus kita istihajti bersama.

Salam

Unknown berkata...

Salam Alaik,

Pelbagai konflik yang berlaku pada zaman itu tidak bererti sistem itu bulat-bulat. Seandainya kita renung sejenak, sistem yang berjalan pada hari ini (sistem demokrasi) pun hakikatnya memang sudah awal-awal lagi gagal untuk membentuk masyarakat yang sejahtera. Memang dari suatu sudut, ia mampu menghargai suara pelbagai pihak, namun majority isn't always right!

Soal ini terlalu banyak argumennya. Di sinilah kita perlu kepada bayu ukhuwwah untuk membelai jiwa-jiwa kita agar apa persoalan yang harus didiskusikan dapat melahirkan natijah (ijtihad) yang benar-benar mensyariatkan perbentukan masyarakat yanh sejahtera - mengikut kacamata Islam.

Wallahu 'Alam...
Sahabat dari Desa Tarbiyyah