Ahad, Mac 16

Fikruttaqwa '07/'08

oleh: Muhammad Syafiq


Pada 28 Januari 2008, sidang editorial Fikruttaqwa (FaTa) 2008 telah berkumpul untuk membincangkan penerbitan Fikruttaqwa pada tahun ini. Sidang editorial terdiri daripada Presiden Kelab Penerbitan, Muhammad Thaqif, Naib Presiden KP, Ahmad Ashraf Ilman, Setiausaha KP, Muhammad Syafiq, dan Penolong Bendahari KP, Abdul Rafi' Fikri. Hasil daripada mesyuarat yang dilakukan ialah mesyuarat-mesyuarat seterusnya dan bantuan daripada jurutaip, sidang penulis, dan pihak-pihak lain yang terlibat, terbitlah buletin sulung FaTa untuk tahun ini. Projek ini dinaungi oleh Guru Penasihat KP, Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Wahab.


FaTa bermula pada semester kedua 2007 oleh Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu ketika itu, Muhammad Hanif bin Hassan. Projek tersebut merupakan kerjasama antara PBM dengan Kelab Penerbitan. Projek penerbitan buletin tersebut dijayakan oleh 14 orang ahli daripada kedua-dua organisasi tersebut dengan mendukung visi utama mendapat keredhaan Allah di samping memperbaik akhlak remaja masa kini, terutamanya para pelajar SMiK serta membekalkan bahan-bahan ilmiah kepada sidang pembaca.


Ahli-ahli yang terlibat telah mengadakan perjumpaan mingguan pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis selama sebulan iaitu dari pertengahan bulan Jun hingga pertengahan bulan Julai 2007. Nama "Fikruttaqwa" dipilih berdasarkan cadangan yang diberikan oleh Sdr. Wan Noor Muhammad Hakim Bin Wan Din (kini merangkap Ketua Pengawas) mendapat sokongan ramai disamping bertepatan dengan moto sekolah iaitu Alim Bertaqwa. Fikruttaqwa bermaksud "buah fikiran ketaqwaan" dan moto yang dipilih bagi buletin ini ialah "Pemikiran ke Arah Ketaqwaan." Singkatan "FaTa" pula dipilih daripada huruf awalan "fa" dan "ta" dan dieja Arabnya sebagai "فتى" yang bermaksud "pemuda."


Harga yang dipersetujui oleh semua ahli telah menetapkan bahawa harga bagi seunit buletin Fikruttaqwa Edisi Khas 2007 adalah RM1.50 sahaja. Keuntungan yang diambil tidak banyak. Versi akhir prototaip FaTa habis dicetak pada 30 Julai '07 dan mula dipasarkan pada 12 Ogos '07. Pasaran dibuka kepada pelajar putera, puteri, para guru, serta pihak luar. Sambutan yang menggalakkan dan tidak disangka-sangka memaksa cetakan kedua FaTa Edisi Khas 2007 dikeluarkan.


Pada hujung tahun 2007, pihak sekolah telah mengadakan majlis penutup kokurikulum dan AJK-AJK serta ahli-ahli yang terlibat dalam pengeluaran Fikruttaqwa telah dianugerahi sijil penghargaan atas kerjasama yang diberikan.


Laporan disediakan oleh, 11 FEBRUARI 2008




(MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD TAAT)
Setiausaha,
Kelab Penerbitan,
Sekolah Menengah Ibn Khaldun.

Tiada ulasan: