Khamis, Mac 13

Hari Orientasi T1 (PRINTIS '08)

oleh: Muhammad Thaqif



Terbitan Fikruttaqwa (FaTa) Edisi Bulanan sesi 2008 kali ini membawakan sidang pembaca satu ruangan baru iaitu ruangan “Bersemuka Bersama.” Ruangan Bersemuka Bersama kali ini akan membawa kita bersama-sama para pelajar baru yang telah mengikuti program orientasi sekolah, PRINTIS ‘08 pada 11–13 Januari 2008 baru-baru ini yang bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Ikuti temu bual ini bersama adik Amer Ahmad Amin Brachtel bin Mustafa Mansor, 13; adik Muhammad Faiz bin Mahbob, 13; adik Muhammad Mu’azzam bin Mohd Saibani, 13; dan adik Siti Kamaliaa binti Kamarzaman, 14.



FaTa: Apakah komen adik sebagai seorang pelajar baru yang mengikuti program PRINTIS ‘08 anjuran Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMiK) ini?


Faiz: Komen saya mengenai PRINTIS ‘08 yang dianjurkan ini adalah baik serta sesuai untuk pelajar di SMiK. Guru-guru di sini juga telah mengajar dengan baik. Di SMiK ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan.



FaTa: Apakah yang membuatkan adik tertarik dengan SMiK?


Mu’azzam: Saya tertarik dengan sekolah ini kerana saya berasa bangga dan suka dengan apa yang telah ditunjukkan oleh abang-abang senior di sini. Malah ia juga mempunyai kemudahan yang lengkap.


FaTa: Boleh adik beritahu mengenai perasaan adik setelah memasuki SMiK ini?


Siti Kamaliaa: Perasaan saya setelah memasuki SMiK ini ialah saya berasa sungguh gembira dan terharu kerana banyak perbezaan antara sekolah lama dan sekolah baru antaranya pakaian, pergaulan dan prinsip sekolah itu sendiri. Di samping itu juga saya berasa gembira mempunyai guru-guru dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam semua mata-pelajaran. Saya berharap agar saya dapat menimba ilmu di sini sehingga saya telah mengambil SPM.



FaTa: Apa harapan adik terhadap SMiK?


Amin: Harapan saya terhadap sekolah ialah selagi sekolah ini wujud, teruskanlah perjuangan untuk memajukan Sekolah Menengah Ibn Khaldun.

Tiada ulasan: