Isnin, Mac 24

Seloka Tutup Aurat

oleh: Abdullah Muslim

Tutup 'aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Keras hati gunalah rotan,
Demi menegakkan perintah Tuhan..

'Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung labuh kenalah tetap,
Sarung lengan jangan sahaja dicakap,
Elok dipandang tak payah make up..

Berbaju kurung bukan mengurung,
Lebih elok jubah disarung,
Kaki pula mesti bersarung,
Agar syaitan susah nak bergantung..

Kaum wanita menutup 'aurat,
Orang jahat tak berani nak dekat,
Bahkan pula menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat..

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Pakaiannya cantik dan juga singkat,
Orang memakai nampaklah pusat..

Seluar dipakai memang ketat,
Diserikan dengan baju yang sendat,
Pemakai nanti dipandang jahat,
Dimurkai Allah, Rasul dan Malaikat..

Sememangnya aneh bila difikir,
Berbaju kebaya tudung diusir,
Kepada Allah tidak dizikir,
Kain dibelah dada yang terukir..

Pabila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyen memang macam itu,
Di dalam hati niat tidak menentu,
Menggoda jantan sudahla tentu..

Berfesyen ini sekadar sahaja,
Tetapi jangan ditonjolkan fesyennya,
Islam sudah ajar segala - gala,
Kalau dilaknat hidupnya sengsara..

Kalau make up biarlah padan,
Jangan berlebih ketika berdandan,
Minyak wangi mesti difikirkan,
Bedak dan gincu benarkah keperluan..

Kasut tinggi mesti dijauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi..

Apatah lagi mengheretkan kaki,
Menarik perhatian kaum lelaki,
Lenggokkan punggung membinasakan diri,
Saya melihat pun separuh mati..

Seloka ini bukanlah jahat,
Cuma mahu bagi ingat,
Kepada semua sohibah dan juga sahabat,
Islam dibina ukhuwwah terikat..

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan pula bertangguh lagi,
Benda yang baik tak usah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji..

Kepada semua kaum lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Nanti dah kahwin ada keluarga sendiri,
Jagalah 'aurat anak dan bini..

Setakat ini coretan ini,
Harap dapat menyedarkan diri,
Apa yang baik harap diikuti,
Ikutlah ia seikhlas hati..

Tiada ulasan: