Selasa, Mac 25

"Bersukan"

oleh: Mukufutaru

BAK kata Hassan al-Banna, seorang Muslim mesti cergas dari semua segi tidak kiralah dari aspek spiritual, intelektual, dan juga jasmani. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW memerintahkan kita dengan bersabda: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda." Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam meletakkan kepentingan bersukan dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila ada satu pepatah menyebut: "Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat."


Seorang pendakwah di alaf ini telah menggariskan sepuluh sifat yang perlu dimiliki dan menjadi pakaian setiap individu Muslim-setelah beliau membuat penelitian yang mendalam akan hal ehwal umat Islam. Beliau bertegas untuk memulakan kembali kehidupan yang telah lama hilang dan mengembalikan keagungan silam umat Islam selepas wujudnya individu Muslim yang memiliki sepuluh ciri-ciri tersebut. Sepuluh sifat ini merupakan lonjakkan yang sahih ke arah mencapai kejayaan:



  1. Kuat tubuh badan;

  2. Akhlak yang mantap;

  3. Fikiran yang berpengetahuan;

  4. Mampu berusaha;

  5. Aqidah yang sejahtera;

  6. Ibadat yang sahih;

  7. Mujahid untuk dirinya;

  8. Menjaga waktu;

  9. Teratur urusannya dan;

  10. Memberi manfaat kepada orang lain.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: "Orang Mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah daripada orang Mukmin yang lemah."

Tiada ulasan: